Skip to main content

Selamat Malam Kennagan.


Selamat malam kau yang bernama kenangan. Puaskah kau melihat aku yang terdampar luka memeluk kepingan semalam. Berbantalkan harapan yang tak pernah empuk dikepala. Dan malam padaku bukanlah tempat untukku petik bunga-bunga tidur, malam adalah sejadah buatku membentangkan doa untukmu yang hilang.
Selamat malam duhai kau yang tak pernah padam diingatan, selalu terang bagai dian. Tetap bersemadi di jantung puisi. Hingga waktupun takkan pernah bisa membawamu pergi dariku. Walau yang bersamaku kini cuma sekeping gambarmu dan seikat kenangan.
Selamat malam duhai kau yang ku cinta. Malam ini aku berselimut derita. Menyulam ingatan pada bintang dan purnama. Melukis senyummu yang lamatlamat menghilang dibalik gelita. Andai esok, bukanlah cerita untukku lagi, izinkan aku membawa pergi segala tentangmu. Segala tentangmu.

Hanasamali
Shah Alam.
20201219



Comments

Popular posts from this blog

  Puisi   Puisi adalah pesta tempat merayakan segala perasaan juga rumah tempat pulangnya segala kenangan   Puisi adalah pustaka tempat menyimpan segala cerita tentang sesorang yang jauh dan hati yang rusuh   dari carik puisi kau kan mengenali erti sebuah perjuangan sejati dari selembar puisi kau kan memahami dunia tak seindah mimpi   Puisi adalah liku-liku kehidupan seorang pujangga dan kata kata puisi adalah awal dari aksara mengajar kau menjadi manusia   pada Puisi kau kan temui cerita pada Puisi ada sejarah ditempa Puisi adalah kalam pujangga yang dinantikan dipesta perasaan dan dikenang dalam majlis perpisahan. 20240503 @welly 🦉 
Takut H. Estonia 20171003 Diruang kosong, diberanda kenangan. Mengeja tiap satu yang telah pergi, cuba menggapai namun bak bayang yang sekadar untuk dipandang. Kau adalah sebuah ketakutan ku, kerna aku takut kehilanganmu. Saat pagi yang membentang tanpa ada lagi sabda darimu, manakala senja yang melamar tanpa ada lagi ucapan malam darimu. Diluar hujan masih lagi menagih pedih, dan lorong lorong telah basah dengan air mata. Ku lamar tiap rintiknya dengan sebuah kenyataan, bahawa pergimu adalah nyata, dan kehilanganmu adalah sebuah ketakutan ku... Kerna aku...
Sejuta Masa Lalu H. Estonia 20170915 Salahkah aku, bila masih lagi mencuri tahu tentangmu.. Bila hati masih belum mahu mengusir satu nama yang ku panggil rindu. Andai saja mimpi boleh di beli.. Akan ku ciptakan sebuah mimpi di mana kau dan aku tidak pernah mengenali. Kerna kini tanpa kamu aku sakit. Selayaknya malam yang gelap tanpa purnama. Akan aku pejamkan seluruh harap yang sering menjeling cemburu. Aku bagaikan sebutir embun tanpa dicium oleh hangat suria. Aku tahu, aku bukanlah bintang yang bisa bersanding disisi purnama, tapi sekadar langit yang meminjamkan tempat untuk bersandar. Di sana ku dakap dikau dengan rangkulan doa, moga terang dan damaimu di sana, walau tanpa aku, penghibur kecil mu satu tika dulu. Ku rindukan sejuta masa yang lalu.