Rasaku
H. Estonia
20170818
Kau tahu, terlalu banyak surat surat untuk mu aku tulis, tapi tidak ku hantar padamu. Dan kau tahu itu, tentu saja kau tahu.
Dari jendela kecil, aku terus mencuri ingat tentang mu. Saat tangan kita bertaut dengan satu janji. Diluar kelam, dan aku terus menghitung waktu yang berbeza empat antara aku dan engkau.
Kau tahu rutin ku kerna aku pernah ceritakan padamu dulu. Kau tahu, petang ku tidak lagi seindah petang saat kau dengan ku, kau tahu dulu pagi ku dengan mu, kini pagi ku mencari tahu tentang mu.
Tidak ada lagi perkhabaran tentangmu, saat angin sudah tidak mahu lagi mencium pipiku, tidak ada lagi jejak tentangmu, bila ombak sudah tidak mahu lagi beristirehat didada pantai.
Rasaku tertinggal pada kaki awan, sampai satu tempat ia menitiskan hujan, tidak ada sesiapa yang tahu, begitu juga engkau

Comments
Post a Comment