Skip to main content


Bila rindu itu bukan lagi milikku
H. Estonia
20170726

Kisahku tergantung pada puing puing senja, tercarik dan cebisannya berjatuhan bagaikan debu pada musim semu.

Ada yang tertinggal pada petang yang berjinggakan harap. Temaram mungkin takkan menyampaikan doa doa ku lagi, selayaknya camar yang gagal untuk terbang kerna terluka.

Pada petang yang merentangkan sebuah sabda, ku rakamkan sebuah tangis yang tertitis, pada sisa sisa sajak tentang sebuah perjalanan yang tertunda.

Kau mungkin takkan pernah tahu, ku bangkitkan semalam dengan mimpi yang cuba aku dakap, mengulang kembali detik detik saat langit menyimpulkan senyum ketika aku mengenalmu.

Mungkin kau telah padamkan ungun ungun harap yang kini berjelaga dalam hatimu, tapi jangan pernah kau terlupakan, pada ku masih lagi tersisa lahar panas nya dan takkan pernah ku padam dalam tadahan doa ku.

Aku disini, masih menapaki sunyi... Dalam tanya yang tergantung sepi.

Comments

Popular posts from this blog

Sejuta Masa Lalu H. Estonia 20170915 Salahkah aku, bila masih lagi mencuri tahu tentangmu.. Bila hati masih belum mahu mengusir satu nama yang ku panggil rindu. Andai saja mimpi boleh di beli.. Akan ku ciptakan sebuah mimpi di mana kau dan aku tidak pernah mengenali. Kerna kini tanpa kamu aku sakit. Selayaknya malam yang gelap tanpa purnama. Akan aku pejamkan seluruh harap yang sering menjeling cemburu. Aku bagaikan sebutir embun tanpa dicium oleh hangat suria. Aku tahu, aku bukanlah bintang yang bisa bersanding disisi purnama, tapi sekadar langit yang meminjamkan tempat untuk bersandar. Di sana ku dakap dikau dengan rangkulan doa, moga terang dan damaimu di sana, walau tanpa aku, penghibur kecil mu satu tika dulu. Ku rindukan sejuta masa yang lalu.
Rasaku H. Estonia 20170818 Kau tahu, terlalu banyak surat surat untuk mu aku tulis, tapi tidak ku hantar padamu. Dan kau tahu itu, tentu saja kau tahu. Dari jendela kecil, aku terus mencuri ingat tentang mu. Saat tangan kita bertaut dengan satu janji. Diluar kelam, dan aku terus menghitung waktu yang berbeza empat antara aku dan engkau. Kau tahu rutin ku kerna aku pernah ceritakan padamu dulu. Kau tahu, petang ku tidak lagi seindah petang saat kau dengan ku, kau tahu dulu pagi ku dengan mu, kini pagi ku mencari tahu tentang mu. Tidak ada lagi perkhabaran tentangmu, saat angin sudah tidak mahu lagi mencium pipiku, tidak ada lagi jejak tentangmu, bila ombak sudah tidak mahu lagi beristirehat didada pantai. Rasaku tertinggal pada kaki awan, sampai satu tempat ia menitiskan hujan, tidak ada sesiapa yang tahu, begitu juga engkau
  Puisi   Puisi adalah pesta tempat merayakan segala perasaan juga rumah tempat pulangnya segala kenangan   Puisi adalah pustaka tempat menyimpan segala cerita tentang sesorang yang jauh dan hati yang rusuh   dari carik puisi kau kan mengenali erti sebuah perjuangan sejati dari selembar puisi kau kan memahami dunia tak seindah mimpi   Puisi adalah liku-liku kehidupan seorang pujangga dan kata kata puisi adalah awal dari aksara mengajar kau menjadi manusia   pada Puisi kau kan temui cerita pada Puisi ada sejarah ditempa Puisi adalah kalam pujangga yang dinantikan dipesta perasaan dan dikenang dalam majlis perpisahan. 20240503 @welly 🦉